Soalan-Soalan Yang Lazim Ditanya...

Sila baca sebelum anda menghubungi kami supaya proses pesanan anda dapat diproses dengan cepat.

1) Bagaimana saya ingin membuat pembelian?

Sebagai usaha kami untuk memudahkan urusan pembelian, kami menawarkan tiga jenis cara pesanan yang boleh dibuat:-

i. Di Laman Web http://www.AyusFashion.com

Boleh klik di link di atas atau baca panduan di sini --> Panduan Membuat Pembelian Online

ii. SMS

Email pesanan anda ke 016-2052420 atau 019-5711909

Hantarkan nama, alamat, ukuran pinggang dan pinggul, kuantiti produk, jumlah bayaran, nama bank, tarikh dan masa pembayaran

sms order

iii. Email ke ayusfashion@gmail.com

Hantarkan nama, alamat, ukuran pinggang dan pinggul, kuantiti produk, jumlah bayaran, nama bank, tarikh dan masa pembayaran

Contoh :

Siti Zubaidah Mat Hassan

777, Kampung Jaya Permai,

43560 Bangi, Selangor.

013-2343444

RM 169 x 2 = 338

Bank CIMB

20/08/2011 2:30 pm



2) Saya ingin buat pesanan korset tetapi tidak pasti jenis dan saiz yang sesuai dengan saya?

Isikan maklumat pesanan dengan mengisi ukurlilit pinggang dan punggung (cm atau inch) anda di ruangan notify
yang terdapat pada bahagian Proof Of Payment.


notify



3) Bolehkah saya menggunakan kredit kad untuk membuat pembayaran?

Anda boleh menggunakan kredit kad Visa/MasterCard atau Paypal untuk membuat pembayaran selain dari bank yang terdapat
di Malaysia.

Klik button dibawah setelah mengisi maklumat ukuran pinggang dan pinggul anda.

Ukuran Pinggang
Ukuran Pinggul



4) Bagaimana cara lain untuk saya membuat pembayaran?

Anda boleh menggunakan kaedah online transfer, cash deposit, ATM Transfer, ATM deposit, cash deposit
machine
(sila masukkan baki wang yang kami perlu jelaskan pada anda
di ruangan notify yang terdapat pada bahagian
Proof Of Payment.

No. Akaun RHB : 16207200070068

Nama Akaun : Azaliha Abdullah

---------------------------------------------------------

No. Akaun CIMB : 12260024005523

Nama Akaun : Azaliha Abdullah

---------------------------------------------------------

No. Akaun Maybank : 152189045335

Nama Akaun : Azaliha Abdullah

Cara untuk mendapatkan ukurlilit pinggang dan ukurlilit punggung:

ukurlilit pinggang

lilitkan tali pengukur bermula dari kanan pinggang dibawa ke kiri pinggang (melalui belakang pinggang) dan kembali ke kanan pinggang (melalui hadapan pinggang). Pastikan tali pengukur jatuh di bahagian pusat.

ukurlilit punggung

lilitkan tali pengukur dari tepi kanan punggung dibawa ke tepi kiri punggung (melalui belakang punggung) dan kembali ke tepi kanan punggung (melalui hadapan punggung).

Sila rujuk gambar dibawah:

size
ukurlilit pinggang
ukurlilit punggung
M 61-67cm 76-86cm
L 67-73cm 86-96cm
XL 73-79cm 89-99cm
XXL 79-85cm 92-102cm
XXXL 85-99cm 95-105cm
4XL 95-105cm 98-108cm
5XL 100-107cm 101-111cm
6XL 102-113cm 104-114cm

Polisi Penukaran Semula

Kami di AyusFashion.com menghargai keyakinan pelanggan-pelanggan terhadap kami. Kami menawarkan tiga (3) hari jaminan kepuasan terhadap produk korset kami. Anda mempunyai tiga (3) hari bekerja untuk memulangkan semula dan mesti mematuhi syarat-syarat berikut. Anda juga bertanggungjawab untuk kos penghantaran semula. Semua korset yang dihantar akan dinilai oleh bahagian pemeriksaan kualiti kami sebelum penukaran diluluskan.

Kami juga mengenakan kos pengurusan, pembungkusan dan penghantaran semula sebanyak RM 10 untuk setiap korset yang dipulangkan semula.

Kami akan memeriksa korset yang dihantar semula dan korset yang diluluskan untuk penukaran mestilah mematuhi syarat-syarat di bawah:-

1. Anda hendaklah memaklumkan kepada pihak kami dalam masa 24jam (1 hari bekerja) mengenai permintaan memohon menukarkan korset samada melalui sms ke bahagian khidmat pelanggan atau email ayusfashion(at)gmail.com.

2. Penghantaran semula mestilah dilakukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan dan nombor jejak (Tracking No) penghantaran diberikan kepada kami dalam tempoh tersebut.

2. Tag mestilah terpasang dan dipulangkan dalam bungkusan asal.

3. Korset mestilah dalam keadaan tiada kesan regangan pada kain korset atau tanda-tanda yang korset itu telah dipakai.

4. Korset tidak mempunyai kesan dibasuh atau apa-apa kesan kotoran atau bau dari pewangi, mekap, losyen atau minyak angin. Kami mengesyorkan anda mandi sebelum mencuba korset.

5. Kami memenuhi peraturan kesihatan (Health Code Regulation) untuk pakaian dalam : anda diwajibkan memakai seluar dalam sendiri sebelum mencuba korset dan JANGAN mencuba seluar dalam yang disertakan sekali! Jika seluar dalam dipulangkan kepada kami, kami akan menghantar seluar dalam yang sama kepada anda. Hanya korset sahaja akan ditukarkan kepada saiz baru.

Setiap pertukaran hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA dan caj RM10 akan dikenakan.

Setiap korset yang dihantar akan disemak oleh pihak AyusFashion.com dan pihak kami berhak untuk tidak menggantikan korset baru jika syarat diatas tidak dipenuhi. Kami juga berhak untuk menolak sekiranya anda tidak memberikan nombor jejak penghantaran dalam tempoh 3 hari bekerja. Kami juga berhak menolak sekiranya pemulangan anda tiba melebihi tujuh (7) hari bekerja dan tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan disebabkan kesibukan anda.

Korset yang tidak diluluskan untuk pengantian akan diposkan kepada anda semula dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Produk Rosak atau Tersilap Hantar

Sekiranya anda menerima korset yang mempunyai kerosakan disebabkan oleh pengilangan, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di nombor 016-2052420 atau 019-5711909 dalam masa 1 hari bekerja selepas barang diterima.

Korset perlu dihantar kembali kepada kami dalam masa tiga (3) hari bekerja dan sampai ke pihak AyusFashion.com dalam masa tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.

Sila kembalikan korset dengan nota menyatakan sebab pemulangan seperti "ROSAK" (nyatakan) atau "SILAP SAIZ" (nyatakan saiz yang anda inginkan) agar kami dapat memberikan membantu menyelesaikan masalah anda.

Jika terdapat kerosakan lain, selain dari yang anda sebutkan, pihak kami berhak untuk menolak proses penghantaran semula produk baru dan caj kos penghantaran tidak akan dipulangkan semula.

© 2012 Ayus Fashion, Korset Pembentukan Badan Murah untuk Kurus Cepat. Powered by Mininiaga